SURAU AN NUR
KOLEJ FELCRA BANDAR BARU SEBERANG PERAK 36800 KAMPUNG GAJAH PERAK
Wednesday, 28 December 2016
Tuesday, 13 December 2016
Aktiviti Pengisian Keagamaan di Surau Kolej FELCRA
Solat Maghrib dan Isya' berjemaah bacaan Al-Mathurat serta Kuliah Maghrib
(Ustaz Najmul Kamil Bin Daud-Kitab Apa Erti Saya Menganut Agama Islam)

Bagi melahirkan pelajar-pelajar yang bukan hanya cemerlang dalam akademik, Surau An-Nur Kolej FELCRA, telah menjalankan aktiviti bagi meningkatkan pengisian berkaitan kerohanian keagamaan. Pelbagai aktiviti yang telah dirangka yang mana diuruskan oleh pelajar-pelajar sepanjang pengajian mereka di sini. Antaranya adalah Kuliah Maghrib yang dijalankan pada setiap minggu pada hari Selasa. Kuliah Maghrib ini akan disampaikan oleh Ustaz Amir(Imam 1 Masjid Felcra Changkat Lada)-pada setiap minggu 2 dan 4. Manakala bagi minggu 1 dan minggu 3 Kuliah Maghrib akan disampaikan oleh Ustaz Najmul Kamil Bin Daud (Pensyarah Pengajian Islam, Kolej FELCRA)
Antara pengisian kuliah tersebut Ustaz Amir menyampaikan kuliah yang berkaitan Asas-Asas Fardhu 'Ain
Manakala Ustaz Najmul Kamil Bin Daud menyampaikan kuliah daripada rujukan Kitab Bidayatul Hidayah dan Kitab Apa Erti Saya Menganut Islam
Surau An-Nur
Aktiviti Surau An Nur
Bagi mengimarahkan Surau pelajar-pelajar dikehendaki untuk mengalunkan azan bagi setiap waktu solat. Pelajar akan dibahagikan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)






