Solat Maghrib dan Isya' berjemaah bacaan Al-Mathurat serta Kuliah Maghrib
(Ustaz Najmul Kamil Bin Daud-Kitab Apa Erti Saya Menganut Agama Islam)

Bagi melahirkan pelajar-pelajar yang bukan hanya cemerlang dalam akademik, Surau An-Nur Kolej FELCRA, telah menjalankan aktiviti bagi meningkatkan pengisian berkaitan kerohanian keagamaan. Pelbagai aktiviti yang telah dirangka yang mana diuruskan oleh pelajar-pelajar sepanjang pengajian mereka di sini. Antaranya adalah Kuliah Maghrib yang dijalankan pada setiap minggu pada hari Selasa. Kuliah Maghrib ini akan disampaikan oleh Ustaz Amir(Imam 1 Masjid Felcra Changkat Lada)-pada setiap minggu 2 dan 4. Manakala bagi minggu 1 dan minggu 3 Kuliah Maghrib akan disampaikan oleh Ustaz Najmul Kamil Bin Daud (Pensyarah Pengajian Islam, Kolej FELCRA)
Antara pengisian kuliah tersebut Ustaz Amir menyampaikan kuliah yang berkaitan Asas-Asas Fardhu 'Ain
Manakala Ustaz Najmul Kamil Bin Daud menyampaikan kuliah daripada rujukan Kitab Bidayatul Hidayah dan Kitab Apa Erti Saya Menganut Islam







No comments:
Post a Comment